SLOGAN
"Bagi Faedah & Kemajuan"
SUSUR GALUR
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia [PPPM] atau The Association of
Women's Institute [WI] telah diasaskan pada tahun 1952 oleh Lady
Templer, isteri kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British
pada masa itu.
Beliau telah mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh
Sultanah-Sultanah dan Raja-Raja Perempuan Tanah Melayu serta isteri
Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang dan Melaka dan juga kesemua isteri
ketua-ketua jabatan kerajaan negeri bagi tujuan penubuhan W.I
Oleh yang demikian, kumpulan-kumpulan wanita mula dibuka di
negeri-negeri di Tanah Melayu. Keahliannya dibuka kepada wanita yang
berumur lima belas tahun ke atas. Tujuannya adalah bagi membolehkan kaum
wanita dan anak gadis, terutamanya mereka yang tinggal di
kampung-kampung, mengambil bahagian yang aktif di dalam usaha memajukan
kaum dan bangsa. Ia juga bagi memberi peluang kepada wanita dan gadis
remaja untuk bersatu dan berusaha bersama, menerusi Pertubuhan
Perkumpulan Perempuan [WI] dalam menjalankan segala aktiviti untuk
kemajuan, kebahagiaan dan kebajikan keluarga, jiran serta negara.
Kumpulan-kumpulan ini dikenali sebagai "Women's Institute" atau
"Perkumpulan Perempuan". Jika melebihi dua kumpulan dalam mana-mana
daerah, kumpulan-kumpulan itu digabungkan untuk menjadi "The Association
of Women's Institutes of Malaysia" [NAWIM] atau "Pertubuhan Perkumpulan
Perempuan Malaysia" [PPPM].
Di peringkat cawangan, daerah dan negeri, ia diketuai oleh seorang
Pengerusi. Manakala di peringkat kebangsaan, ia diketuai oleh seorang
Yang Dipertua.
Sebagai ahli "Gabungan Pertubuhan Wanita Desa Sedunia" [The Association
of Country Women of the World] yang beribu pejabat di London, W.I
merupakan sebahagian daripada United Nation dan mempunyai seorang wakil
di dalam salah satu jawatankuasanya.
AKTIVITI
Pendidikan:
- Melaksanakan program kepimpinan pertubuhan dan pentadbiran pertubuhan
- Kepimpinan pengurusan rumahtangga
- Kefahaman undang-undang negara
Ekonomi:
- Memberi bimbingan ke arah menjana pendapatan keluarga
- Kesedaran sebagai pengguna bijak
Sukan:
- Badminton
- Bola jaring
- Bowling
- Sukan rakyat
Agama dan Kebajikan:
- Kelas fardhu ain
- Bacaan yasin
- Tadarus
- Amal jariah khusus di bulan puasa
Lain-lain aktiviti:
- Lawatan sambil belajar
- Melancong
- Majlis-majlis jamuan bagi mengisi tabung
- Lain-lain aktiviti sosial
- Kerja tangan
- Masak-memasak
Saya berminat untuk menjadi ahli.Boleh jelaskan bagaimana ke email saya nursuriaabdrashid@gmail.com
ReplyDeleteSaya berminat untuk menjadi ahli.Boleh jelaskan bagaimana ke email saya nursuriaabdrashid@gmail.com
ReplyDeleteHow to be a member.
ReplyDelete