Tan Sri Kamsiah Abdul Majid
Tan Sri Kamsiah Abdul Majid adalah bekas Tang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI). Beliau seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan. Beliau adalah wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW). Beliau juga Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO).Beliau kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan empat orang cucu lelaki. Cucunya bernama Sulaiman Idid, 41.