Sunday, 23 December 2012

Kejohanan badminton PPP(WI) Negeri Kedah


Kejohanan badminton PPP(WI) Negeri Kedah diadakan pada 21.12.2012 bertempat di Sekolah Menengah Jitra dari jam 8.30pagi hingga 4ptg.
 Daerah Kubang Pasu menjadi tuan rumah.
 Juara dimenangi oleh Daerah Kota setar. Naib johan Daerah Langkawi, ketiga Daerah Kulim dan keempat Daerah Sungai Petani. 
Kejohanan telah dirasmikan oleh Pengerusi Negeri Datin Badariah binti Saidin dan penutup majlis oleh Dato' Ahmad Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Hitam.

Monday, 15 October 2012

Majlis Bacaan Yassin Di Istana Kuala Cegar



Majlis bacaan Yassin di Istana Kuala Cegar Anak Bukit Alor Setar sempena keberangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim dan beberapa kerabat diraja Kedah ke Tanah Suci Makkah.
..... Semoga Tuanku dan Keluarga di lindungi Allah dan di rahmati dengan Haji yang Mabrur ......InsyaAllah.

Saturday, 13 October 2012

WI Kedah versus WI Pulau Pinang

Perlawanan persahabatan badminton anjuran WI Daerah Kota Setar diadakan pada 13 Oktober di Dewan Badminton ASRC pada pukul 10.00 pagi. Keputusan memehak pada WI Pulau Pinang dengan mata 3-2.

 Sebahagian pemain handalan Kedah


  Sebahagian pemain hebat Pulau Pinang


 Sokongan moral yang tidak pernah luntur dari jaguh Senior


 Pelapis yang bakal mewarisi gelanggang...... Puteri Nur Shazleen, cucuanda YM Tengku Nur Kamar

Tuesday, 9 October 2012

Ke Istana KESOMA

Menjunjung kasih dan mengadap Raja Puan Muda Kedah, DYTM Tengku Hajjah Raudhah binti Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj.
  Semasa kunjungan kami baginda kelihatan sihat sejahtera dikurniakan Allah. Alhamdulillah.

Monday, 24 September 2012

Majlis Mesra dan Penghargaan

 Majlis untuk meraikan mantan Setiausaha WI Kedah, Cik Siti Aisyah binti Mat di Menara Talikom pada 
24 September 2012
 

 

 

Saturday, 18 August 2012

Ke Istana Anak Bukit Alor Setar

Pada 18 Ogos 2012, Puan Hajah Cik Gayah, Puan Hajah Bi Bi dan Puan Hajah Ahadiah telah mewakili Datin Pengerusi, AJK dan semua Ahli WI Negeri Kedah ke Istana Anak Bukit.
 
Menjunjung kasih mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim
 

Friday, 15 June 2012

Sunday, 19 February 2012

Tan Sri Kamsiah Abdul Majid

Tan Sri Kamsiah Abdul Majid

Tan Sri Kamsiah Abdul Majid adalah bekas Tang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI). Beliau seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan. Beliau adalah wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW). Beliau juga Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO).
Beliau kelahiran Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Allahyarham Prof Datuk Dr Ibrahim Yassin. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan empat orang cucu lelaki. Cucunya bernama Sulaiman Idid, 41.

Meninggal dunia

Pada 19 Februari 2012, Kamsiah Abdul Majid (90 tahun) meninggal dunia kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya , Malaysia. Kamsiah meninggal dunia pada 12.46 tengah hari selepas dua minggu dimasukkan di pusat perubatan itu kerana masalah pembekuan darah di tangan. Jenazah dibawa ke Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang